Kepada pemain yang memegang trophy platinum untuk game Bloodborne kini akan mendapat kod istimewa melalui emel untuk mendapatkan tema eksklusif PS4 mereka.
Shuhei Yoshida, sebagai Presiden Sony Worldwise Studios telah mengesahkannya melalui akaun Twitter beliau. Tema eksklusif ini hanya akan diberikan untuk pemain Eropah sahaja setakat ini.
Manakala, DLC baharu untuk Bloodborne, The Old Hunters akan datang pada 24hb November dengan penambahan misi dan jalan cerita dengan berharga USD11.99 (Anggaran RM55.00).

