fbpx

TGV Cinemas Akan Menayangkan LoL World Championships Minggu Hadapan

Untuk peminat LoL (League of Legends), sekarang adalah waktu yang terbaik untuk menonton beberapa perlawanan esukan khususnya World Championship yang akan berlangsung. Kesemua pasukan hebat akan bertanding ditahap tertinggi (juga dikenali sebagai Worlds) yang akan dipertanding di China tahun ini.

Garena Malaysia bersama TGV Cinemas bekerjasama untuk menyediakan rancangan tontonan bersama melalui 10 lokasi cawangan TGV yang berbeza seperti dibawah:

  • One Utama
  • Wangsa Walk
  • AU2, Kepong
  • Sunway Putra
  • Sunway Velocity
  • AEON Seremban 2 (Negeri Sembilan)
  • 1st Avenue (Penang)
  • Tebrau City (Johor)
  • Kinta City (Perak)

Tiket telahpun dijual pada harga RM30, dan ianya dipakejkan bersama popcorn, minuman dan beberapa barang percuma diberi. Tiket boleh dibeli melalui cawangan diatas, atau secara atas talian melalui laman web rasmi TGV. Cabutan bertuah juga akan dibuat sekaligus memberi peluang kepada pembeli untuk mendapat hadiah-hadiah sebanyak RM40,000, seperti laptop gaming dari Acer, dan juga kad grafik NVIDIA 1050Ti oleh Zotac.

Malah, 12 kafe siber juga akan menyertai acara tontonan bersama ini, termasuklah The Pantheon, yang baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas.

Garena Student Alliance (GSA) juga akan menganjurkan program yang sama melalui kampus yang terpilih.

Acara ini akan diadakan pada 4hb November 2017.

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -