fbpx

The Last Of Us Part II Kini Dibuka Untuk Pra-Tempah – Edisi Khas Juga Disedia

Playstation Asia membuat pengumuman dimana The Last Of Us Part II kini dibuka untuk pra-tempah.

Sekuel permainan pengembaraan yang brutal dengan memfokuskan kepada jalan cerita oleh Naughty Dog ini sepatutnya dipasarkan pada bulan Februari, namun ditunda ke Mei, dan tundaan dibuat sekali lagi tanpa tarikh ditetapkan. Namun baru-baru ini ianya diumum akan dipasarkan pada 19hb Jun ini.

Kembali dari pengumuman pra-tempah diatas, beberapa jenis edisi mula dijual seperti berikut.

Harga bermula dari RM239 untuk versi Standard, manakala Digital Deluxe Edition pula dipasarkan pada harga RM299 melalui PS Store Asia. Tambahan lagi, versi fizikal akan dijual pada harga yang sama untuk Standard Edition. Kepada sesiapa yang pra-tempah secara awal, anda akan menerima T-Shirt edisi terhad The Last Of Us Part II.

Untuk Digital Deluxe Edition, berikut adalah kandungan tambahan:

  • Tema dinamik PS4
  • 6 PSN Avatars
  • Muzik latar belakang digital
  • Buku karya seni digital dari Dark Horse

Untuk “collectors”, edisi yang lebih mahal, Special Edition, Collector’s Edition dan Ellie Edition akan tiba di Malaysia juga. Berikut adalah kandungan yang akan termasuk pada setiap edisi tersebut:

Special Edition (RM349) – Lazada

- Iklan -

  • Bekas besi dengan permainan The Last Of Us Part II
  • 48-muka surat buku karya seni mini dari Dark Horse
  • Tema dinamik PS4
  • 6 PSN Avatars
  • Muzik latar belakang digital
  • Buku karya seni digital dari Dark Horse

Collector’s Edition (RM839)

  • Bekas besi dengan permainan The Last Of Us Part II
  • Figura Ellie bersaiz 12”
  • 48-muka surat buku karya seni mini dari Dark Horse
  • Gelang tangan replika Ellie
  • Surat penghargaan dan cetakan litografi
  • 5 pelekat
  • 6 pin enamel
  • Tema dinamik PS4
  • 6 PSN Avatars
  • Muzik latar belakang digital
  • Buku karya seni digital dari Dark Horse

Ellie Edition (RM1099)

  • Bekas besi dengan permainan The Last Of Us Part II
  • Figura Ellie bersaiz 12”
  • 48-muka surat buku karya seni mini dari Dark Horse
  • Beg galas replika Ellie
  • Gelang tangan replika Ellie
  • Logo tampalan The Last of Us Part II
  • Rekod vinil 7” mengandungi muzik latar belakang
  • Surat penghargaan dan cetakan litografi
  • 5 pelekat
  • 6 pin enamel
  • Tema dinamik PS4
  • 6 PSN Avatars
  • Muzik latar belakang digital
  • Buku karya seni digital dari Dark Horse

The Last Of Us Part II akan hadir pada 19hb Jun nanti untuk PS4. Juga, dalam masa yang sama pembaca perlu berhati-hati di internet buat masa ini atas lambakan ketirisan jalan cerita permainan ini sekarang.

*Perhatian: Pautan ke Lazada mempunyai kod unik sebahagian dari program Lazada Affiliate. Kami mungkin memperoleh komisen dengan setiap pembelian melalui pautan tersebut.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -