fbpx

The Last Of Us Part II Merekodkan Permainan PS4 Dengan Jualan Terpantas

Walaupun dengan pelbagai reaksi dari umum, nampaknya permainan penantian ramai oleh Naughty Dog ini membuah hasil dengan rekod baharu melalui laporan yang dikeluarkan oleh Gamesindustry.biz.

Dengan laporan tersebut, The Last Of Us Part II merekodkan sebagai permainan PS4 dengan jualan terpantas, sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh permainan dari studio pembangun yang sama, iaitu Uncharted 4, hanya dengan perbezaan 1%.

Namun untuk makluman, laporan ini hanyalah untuk pasaran UK sahaja, dan ianya tidak termasuk jualan digital. Agak menarik dimana mahupun banyak pembelian akan dibuat didalam bentuk digital atas situasi pandemik, rekod jualan fizikalnya masih lagi tinggi.

Anda mungkin meminati: Ulasan The Last Of Us Part II

The Last Of Us Part II yang telahpun dilancarkan pada 19hb lepas, mendapat markah ulasan 7.3/10 dari kami. Permainan tersebut dibangunkan dengan baik khususnya kualiti grafik dan pengalaman permainan, namun pendekatannya didalam penceritaan agak mengecewakan.

Sumber: Gamesindustry.biz.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen