fbpx

Ulasan: The Last Of Us Part II

Bagaimana anda ingin mengulas permainan video yang hampir sempurna untuk kali kedua? Anda telahpun menjumpai kesilapan didalam episod pertama yang telah diperbaiki, dan kesemua kerja keras diletakkan oleh pasukan pembangun Naughty Dog selama 6 tahun semestinya membuat ulasan mengenai permainan ini lebih sukar dari yang dijangka.

Melihat dari cabaran yang mereka hadapi sekarang, semestinya pembangunan permainan untuk konsol generasi kini sekali lagi satu kerja yang sukar untuk mencapai kehendak orang ramai yang kian menanti.

Maka persoalannya, adakah The Last Of Us Part II lebih baik? Dalam kata ringkasnya, ianya amat baik. Namun ada kecacatan didalam permainan ini khususnya jalan cerita dengan reka bentuk permainan yang pelik yang mungkin menyebabkan pemain dari siri pertama akan merasa kecewa dengan sekuel ini. Mengapa? Berikut adalah ulasan kami mengenai permainan yang anda menanti sekian lama.

Penyampaian

Seni reka dan kualiti grafik didalam permainan ini sungguh menakjubkan dan boleh dikatakan permainan dengan dunia paling cantik sekali pernah kami lihat.

Butiran yang baik seperti pokok-pokok dan rumbut tebal yang meliputi jalan di bandar, lopak air dan suasana bangunan-bangunan tinggal amatlah cantik dan tampak menarik mahupun didalam konsol PS4 versi biasa.

Clickers, musuh utama mempunyai reka bentuk yang lebih teliti dengan penampakan mutasi lebih mendalam sekaligus membuatkan pemain lebih berhati-hati untuk bertempur dengannya.

Kualiti bunyi juga mempunyai penambahbaikan yang besar. Bunyi tembakan senjata lebih mendalam dan kesan bunyi dari musuh amat berbeza dari siri sebelumnya.

- Iklan -

Lagu latar belakang juga dimainkan mengikut situasi yang tepat seperti semasa perlawanan yang membawakan perasaan tegang dan rentaknya diperlahankan secara beransur-ansur semasa situasi tegang kembali ke suasana senyap. Satu perkara yang kita sering alami didalam filem.

Lakonan suara juga amatlah baik. Dengan prestasi baik dari artis seperti Troy Baker, Ashley Johnson, dan Laurie Bailey membuatkan suara penceritaan lebih menarik untuk diikuti.

Malah, variasi NPC dengan suara unik mereka menambah suasana baik dan perincian diberi dari segi lakonsan suara oleh Naughty Dog.

Pengalaman Permainan

Satu perkara yang saya tidak sukai dari siri sebelumnya adalah semasa pertempuran, dimana pemain dikekang semasa menembak khususnya semasa bertempur dengan clickers yang agak membosankan. Berita baik, ianya kini telah diperbaiki.

Pertempuran musuh kini lebih bebas dengan ruang kawasan yang lebih besar didalam hampir kesemua tempat pertempuran didalam permainan ini dan pengalaman bertempur jauh lebih menarik.

Tetapan kawalan masih lagi serupa dengan beberapa mekanik baharu ditambah. Naughty Dog juga melaksanakan beberapa bantuan yang menolong pemain untuk menempuh sesetengah tempat lebih mudah. Semestinya tetapan tersebut boleh ditutup untuk lebih cabaran seperti didalam siri permainan pertamanya.

Namun satu perkara yang agak janggal adalah kawalan mengelak yang dimana pemain kadangkala tidak mendarat dengan tepat selepas ditekan butangnya di alat kawalan DualShock 4. Bercakap pasal alat kawalan PS4 ini, The Last Of Us Part II memanfaatkan kesemua fungsi yang ada pada DualShock 4 beserta dengan fungsi bantuan sekaligus membawakan pengalaman unik kepada pemain.

Kandungan

Maka, tiba masa untuk kandungan permainan dan kami jumpa satu kecacatan besar pada permainan ini, dimana malangnya ianya adalah kualiti penceritaan.

Namun untuk mengelakkan pendedahan jalan cerita permainan ini, saya cuba untuk tidak akan sentuh untuk menjelaskan lebih mendalam.

- Iklan -

Sebagai kesimpulan, penceritaan Part II boleh dikatakan: Gabungan siri TV HBO, Westworld semasa musim kedua yang agak mengelirukan bersama dengan siri The Walking Dead dari musim penghujung yang anda boleh lihat dari banyak video trailer permainan ini.

Naughty Dog cuba untuk membawakan penceritaan yang padu namun saya rasa cubaan berikut agak hambar sepanjang 20-jam pengalaman permainan saya. Mereka juga mencadangkan pemain untuk bermain New Game Plus untuk mendapatkan lebih kandungan dan saya rasa anda semua setuju untuk bermain buat kali kedua, khususnya pada pengalaman permainan, bukannya penceritaan.

Kepuasan Individu

Secara jujurnya saya tidak pernah tak menyukai The Last Of Us yang pertama langsung, walaupun saya telah memuji perubahan positif permainan ini dari versi sebelumnya, ianya membawakan pengalaman yang lebih baik. Namun penceritaan membuatkan saya hampir membenci permainan ini juga.

Dan saya rasa itulah apa yang cuba disampaikan oleh The Last Of Us, karakter yang tidak akan menikmati kegembiraan mahupun selepas mendapatinya. Permainan ini agak ganas, emosi beserta dengan pengalaman yang interaktif.

Kesimpulan

The Last Of Us Part II sekali lagi sebuah permainan yang hampir sempurna yang membuatkan umum mula mempersoalkan sama ada ianya disukai atau tidak. Saya secara khususnya tidak menyukainya mahupun membencinya, namun ianya sebuah permainan aksi yang terbaik bagi saya.

Permainan ini dimainkan didalam versi 1.01 melalui konsol PS4 versi asas. Unit ulasan ini diberikan oleh PlayStation Asia.

Artikel ini telah diterjemahkan oleh artikel asalnya di Gamer Matters.

7.3

The Last Of Us Part II

The Last Of Us Part II sekali lagi sebuah permainan yang hampir sempurna yang membuatkan umum mula mempersoalkan sama ada ianya disukai atau tidak. Saya secara khususnya tidak menyukainya mahupun membencinya, namun ianya sebuah permainan aksi yang terbaik bagi saya.

  • Penamypaian 9
  • Pengalaman Permainan 8
  • Kandungan 5
  • Kepuasan Individu 7
Berkaitan

- Iklan -

Komen