Pemaju siri permainan sains fiksyen Destiny, Bungie mengumumkan bahawa tiada lagi kemaskini mahupun kandungan baharu akan hadir ke permainan tersebut untuk memfokuskan pembangunan permainan baharu mereka, Destiny 2.
Kemaskini seperti pembaikpulih dan keseimbangan permainan dan senjata tidak lagi diberi oleh Bungie atas siri ke-2 Destiny yang akan mula dijual pada bulan September nanti.
Malah, banyak pemain melaporkan pelbagai isu melalui raid seperti kehilangan pedang semasa berlawan di Crota’s End dan tiada penambahbaik akan dibuat oleh pihak pemaju.
Bungie akan memfokuskan maklum balas pemain untuk Destiny 2 versi beta yang akan datang antara bulan ini atau bulan hadapan.
Mengikut dari spekulasi oleh GameRant, Bungie akan memperlihatkan video baharu untuk Destiny 2 pada acara E3 2017 melalui sidang media Sony.
Baca: Saiz Kaunter Pameran E3 2017 Sony Dua Kali Lebih Besar Dari Microsoft
Destiny 2 akan mula dipasarkan pada 8hb September ini untuk platform PS4 dan Xbox One. Manakala platform PC akan dipasarkan kemudian.
Sumber: GameRant