fbpx

Tiada Lagi Kotak Tikam Didalam Forza 7

Turn 10 Telahpun Membuat Keputusan Muktamad

Sesuatu pertukaran yang agak baik buat pemain daripada keputusan Microsoft dan Turn 10 kepada permainan Forza 7.

Alan Hartman, Ketua Studio Turn 10 telah mengeluarkan kenyataan rasmi beliau melalui blog Forza mengenai kemaskini baharu yang akan memadamkan fungsi fungsi kotak tikam secara seluruhnya seperti matawang premium (yang memerlukan duit sebenar untuk tambah nilai) dan juga Tokens. Malah, fungsi ini juga tidak akan dibawa pada permainan Forza Horizon 4 kelak.

Namun, pembuangan fungsi ini tidak boleh dibuat secara serta merta, dan ianya dijadualkan pada penghujung tahun ini.

Sudah semestinya kami sokong 100% terhadap pembuangan fungsi kotak tikam yang kontroversi ini, namun persoalannya adakah ini akan membawa manfaat kepada konsep perniagaan Microsoft? Untuk dalam jangka masa yang panjang, seharusnya syarikat penerbit perlu mencari jalan atau kaedah yang lain dan akhirnya akan memanfaatkan pelbagai pihak.

Artikel Asal: Gamer Matters

Sumber: Eurogamer


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -