fbpx

Titanfall telah mencapai pencapaian baharu sebanyak 10 Juta

Baru-baru ini CEO Respawn Entertainment, Vince Zampella, menyatakan bahawa mereka kini telah mencapai sebanyak 10 Juta melalui akaun Twitter beliau. Namun tiada maklumat lanjut mengenai nombor 10 Juta ini merujuk kepada unit terjual atau jumlah pemain.

“Meraikan 10 Juta! Terima kasih, kami sayangkan anda semua!” Berikut adalah Tweet beliau.

Berdasarkan sumber oleh VideoGamer.com, ianya berkemungkinan jumlah unit terjual untuk game Titanfall ini. Ini adalah kerana game ini mendapat diskaun yang memberangsangkan sehinggalah secara percuma untuk pelanggan EA Access.

Setakat ini, tiada berita mengenai sekuel untuk Titanfall.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -