fbpx

Trafik Epic Games Store Mencatat Rekod Baharu, Hampir Menyamai Steam

Epic Games Store pernah mengacarakan acara jualan terbesar tahunan mereka, Epic Mega Sale bermula pada bulan lepas. Apa yang mengejutkan adalah senarai permainan percuma yang ditawarkan semasa acara jualan tersebut. Bermula dari GTA V, diikuti oleh Civilization VI, Borderlands: The Handsome Collection dan diakhiri dengan Overcooked.

Dengan pemberian skala besar tersebut, banyak pengguna hadir ke laman web mereka dan menyaksikan statistik trafik yang tinggi sehinggakan mencipta rekod serba baharu.

Mengikut laporan dari gamesindustry.biz, Epic mencatat rekod baharu, iaitu sebanyak 61 juta pengguna aktif didalam masa sebulan, sekaligus mencatat rekod baharu dari jangkaan mereka untuk tahun 2020.

Malah, selain dari statistik diatas, mereka juga mencatatkan rekod baharu untuk jumlah pemain log masuk didalam satu masa, iaitu sebanyak 13 juta pemain. Sebagai perbandingan, Steam pernah mencatat rekod tertinggi pada Mac tahun ini dengan 23.5 juta pemain dalam satu masa berikutan dengan situasi pandemik melanda dunia.

Semestinya 10 juta perbezaan adalah sebuah nombor yang besar, namun melihat peningkatan yang mendadak sebagai platform baharu didalam pasaran, ianya agak mengagumkan.

Sumber: gamesindustry.biz.

Berkaitan

- Iklan -

Komen