Setelah memaparkan “box-art” beberapa hari yang lepas, kini Avalanche Studio mengeluarkan trailer “gameplay” terbaru untuk Just Cause 3. Berdasarkan video yang dipaparkan, ianya penuh dengan letupan dan aksi-aksi yang menarik.
Ianya berkemungkinan bahawa game berkonsepkan “Open-World” ini akan ditempatkan di kawasan ala “Mediterranean Archipelago”
Untuk pembeli secara Pre-Order, mereka boleh dapatkan bonus “Weaponized Vehicle Pack” seperti dipaparkan didalam video diatas.
Just Cause 3 akan dipasarkan pada hujung tahun 2015 ini untuk platform Playstation 4, Xbox One dan PC.

