Trend @ GamerMalaya adalah sebuah program dimana kami membuat analisis berdasarkan “hits” dan faktor pembaca tentang artikel kami dari bulan ke bulan didalam GamerMalaya.my. Ianya akan dikeluarkan 1 kali sebulan.

#5 – Pendapat Penulis Tentang Assassin’s Creed Didalam Era Kesultanan Melaka (English Article)

malacca-sultanate-ac

Kita semua tahu bahawa Ubisoft telah membuat pengumuman tentang pelancaran game terkenal mereka, Assassin’s Creed tidak akan berlaku pada tahun ini. Ini sedikit sebanyak memberi lebih banyak masa pada pihak pembina untuk menambah baik dengan pengalaman gaming baharu untuk siri ini. Namun penulis kami sempat memberikan pendapat beliau tentang game ini didalam era kesultanan Melaka.

#4 – Spesifikasi Minima PC Untuk Tom Clancy’s The Division

The-Divions-PC-Spec

Salah satu game yang penuh kontroversi dimana kualiti grafik dari video E3 dengan versi Beta telah diturunkan dengan pelbagai aspek. Maka pengumuman oleh pihak Ubisoft tentang spesifikasi minima untuk platform PC sekaligus memberikan sedikit jawapan kepada peminat tentang persoalan kualiti grafik yang agak mengecewakan.

#3 – Menjana Pendapatan Dengan Bermain Game (English Article)

how-to-make-money-playing-videogames

Salah satu tren di Malaysia adalah #2Kerja. Maka banyak rakyat jelata ingin mencari cara atau teknik untuk menjana pendapatan tambahan. Mengikuti dari artikel sebelumnya, En. Jamie Bateson mampu menyara keluarganya hanya dengan bermain game FIFA sahaja, maka ianya adalah sebuah inspirasi kepada semua khususnya gamers untuk memulakan kerjayanya dari minat sebagai gamers yang profesional.

#2 PlayStation 4 Kini Mempunyai 35.9 Juta Pemain

Komuniti Sony PlayStation 4 sekali lagi meningkat kepada jumlah yang memberangsangkan, iaitu 35.9 Juta pemain setakat ini. Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai majoriti pemain untuk konsol tersebut.

#1 Harga PlayStation VR Tertiris

PS VR Price Leak

Ramai yang menantikan maklumat baharu khususnya harga jualan untuk peranti baru Sony, PlayStation VR. Beberapa info harga kini terkeluar didalam laman web seperti Amazon Canada dan beberapa penjual di Negara Sweeden. Namun mengikut dari info yang tertiris, harga jualan masih lagi berada di paras yang amat tinggi (anggaran RM3,500 – RM2,200), ini sekaligus memberikan kekecewaan kepada pemain yang ingin mempunyai pengalaman gaming secara VR (Virtual Reality) kelak. Setakat ini masih tiada lagi info tentang harga rasmi tentang peranti ini.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen