Dengan situasi pandemik global sekarang ini, lebih banyak acara digital atau striman langsung dibuat untuk memaparkan pengumuman permainan baharu dan maklumat penting didalam dunia permainan video.
Ubisoft juga menyatakan bahawa mereka akan mengacarakan persidangan digital mereka buat pertama kali, bernama Ubisoft Forward. Ianya menjanjikan pelbagai berita permainan video eksklusif, pengumuman permainan baharu dan banyak lagi.
Namun tiada maklumat mengenai video gameplay akan diumum. Harap acara ini menyiarkan pelbagai info yang dijanjikan, selepas kekecewaan peminat terhadap video kedua Assassin’s Creed Valhalla.
Ubisoft Forward akan bermula pada 13hb Julai, pukul 3 pagi.
Sumber: Ubisoft.