Seperti dijanjikan, selepas video pertama diperlihat, Ubisoft akan memperlihatkan video kedua untuk Assassin’s Creed Valhallla kepada umum semasa tayangan perdana video permainan Xbox Series X.
Berikut adalah video tersebut:
Namun kebanyakan umum tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan kekecewaan mereka terhadap video diatas. Ini adalah kerana video yang dijanjikan adalah sepatutnya lebih memfokuskan kepada pengalaman permainan berbanding dengan video sinematik yang diberi.
Malah, video diatas mendapat banyak komen negatif beserta nisbah ketidaksukaan mendominasi lebih dari 50%.
Adakah ini salah satu cara untuk Ubisoft mengurangkan tahap jangkaan tinggi selepas kesilapan mereka pada pelancaran Watch Dogs yang lalu? Apapun kami berharap Valhalla adalah sebuah siri Assassin’s Creed yang lebih unik dengan pendekatan yang berbeza.
Assassin’s Creed Valhalla akan sedia dipasarkan untuk PS4, PS5, PC (Epic Games Store, Uplay), Xbox One, Xbox Series X dan Stadia. Valhalla juga akan menyokong sistem Microsoft Smart Delivery, bermakna pemain hanya perlu membuat satu pembelian dan berkebolehan untuk memlikinya didalam konsol generasi baharu kelak.