fbpx

Ura-Ura: Far Cry Baharu Mungkin Mempunyai Tema Koboi Barat

Semakin laju sambungan internet, semakin banyak berita tertiris didalam laman web sebelum permainan tersebut diumum. Kini tiba masa permainan Far Cry menerima nasib yang sama.

Maklumat baharu tertiris didalam laman web dan ramai yang membuat spekulasi tentang kedatangan siri Far Cry baharu akan mempunyai tema koboi dipadang gurun negara barat Amerika Syarikat.

Mengikut dari Great Falls Tribune, sebuah media barat melaporkan tentang beberapa krew membuat penggambaran berdekatan dengan gereja di Montana, sebuah pekan yang sesuai dengan tema tersebut.

Jeff Guillot, selaku produser krew tersebut mengumumkan bahawa ianya adalah penggambaran untuk sebuah permainan yang akan dipasarkan pada bulan September ini.

Malah, beliau menyatakan dimana ianya adalah “sekuel dari sebuah permainan yang terkenal di seluruh dunia”.

Namun ini berkemungkinan adalah untuk permainan Red Dead Redemption 2 yang kita sedia tahu akan mempunyai tema barat didalam pekan koboi.

Spekulasi kini menular dengan beberapa pendapat untuk siri Far Cry seterusnya atas kerana Jeff Guillot pernah bekerjasama dengan Ubisoft untuk menghasilkan beberapa video pengiklanan seperti Driver dan Red Steel 2.

Namun tiada maklumat rasmi diberi oleh Ubisoft, melainkan mereka ingin mengumumkan permainan tersebut pada acara E3 bulan hadapan.

Apa pula pendapat anda? Adakah ianya akan menjadi kenyataan? Sama-sama kita nantikan.

VG24/7


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -