fbpx

Ura-Ura: Set Kepala VR Untuk PS5 Sedang Dibangunkan

Penantian konsol PS5 pada hujung tahun ini semestinya amat teruja buat peminat semua. Tidak sempat kita semua ketahui maklumat penuh konsol generasi baharu Sony ini, satu lagi maklumat tambahan tertiris berkenaan dengan set kepala VR untuk PS5.

Maklumat ini muncul atas sebab notis kerja kosong oleh Sony di Jepun untuk pencarian individu yang akan mengetuai projek PSVR. Malah, jawatan ini akan melibatkan projek pembangunan set kepala VR khas untuk generasi seterusnya.

Dari maklumat tugas tersebut, sekaligus membawakan spekulasi Sony sedang giat membangunkan teknologi PSVR untuk konsol PS5.

Namun PSVR baharu mungkin tidak akan hadir dalam masa terdekat, sepertimana yang ditekankan oleh Sony tentang ketiadaan PSVR semasa pelancaran PS5 kelak.

Sumber: UploadVR melalui Dualshockers.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -