fbpx

Valorant – Permainan Penembak Percuma Kini Dibuka Untuk Umum

Valorant, permainan penembak kompetitif pandangan pertama oleh Riot Games yang sebelumnya didalam status beta tertutup kini mula dibuka kepada umum secara percuma.

Riot, sebuah studio disebalik permainan terkenalnya, League Of Legends, kini membawakan permainan yang menempatkan didalam dunia lain dari dunia LoL.

Valorant membawakan pengalaman permainan campuran penembak pandang pertama ala CS:GO dengan karakter hero dengan kebolehan masing-masing seperti Overwatch.

Permainan ini mempunyai kontroversi kerana memerlukan pemain untuk memasangkan program anti-tipu didalam PC terlebih dahulu dan memerlukan program tersebut dijalankan walaupun pemain tidak bermain Valorant. Riot Game juga menjanjikan program tersebut adalah kukuh dengan menawarkan wang tunai untuk sesiap yang mampu mengodamnya.

Menariknya, Valorant akan menggunakan pelayan yang mampu membawakan kadar tindak balas yang laju (128-tick) yang kebiasaanya hanya digunakan untuk permainan kompetitif tinggi seperti CS:GO.

Untuk sesiapa berminat dengan permainan ini, anda mungkin boleh lihat dengan spesifikasi minima terlebih dahulu:

Spesifikasi yang disyorkan untuk 60 paparan per saat:

  • CPU: Intel i3-4150
  • GPU: Geforce GT 730

Spesifikasi tertinggi untuk 144 paparan per saat dan keatas:

  • CPU: Intel Core i5-4460 3.2GHz
  • GPU: GTX 1050 Ti

- Iklan -

Spesifikasi minima untuk 30 paparan per saat:

  • CPU: Intel i3-370M
  • GPU: Intel HD 3000

Spesifikasi tambahan:

  • Windows 7/8/10 64-bit
  • 4GB RAM
  • 1GB VRAM

Valorant kini boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna PC melalui laman web rasmi mereka disini. Anda juga boleh sertai Discord mereka untuk para pemain Asia Tenggara disini.

Berkaitan

- Iklan -

Komen