fbpx

Video Fallout 4 Tertiris di Laman Web PornHub

Seperti yang “sesetengah” kita tahu, PornHub adalah sebuah laman web yang sudah semestinya tidak dibenarkan langsung dilayari dari Malaysia. Namun atas sebab atas sumber yang kami dapat dari Gameplanet Australia yang mengambil perhatian kami adalah kerana video gameplay Fallout 4 tertiris didalam laman web tersebut.

Video tersebut telah dimuatnaik didalam laman web tersebut setelah dipadamkan daripada pelayar Youtube atas sebab dasar privasi.

Kami agak tak berani untuk mencari video tersebut, namun berdasarkan Gameplanet, video tersebut mengandungi beberapa gameplay Fallout seperti teknik hacking dan lockpicking yang dimana antara mekanik terkenal dari siri Fallout.

Dalam masa yang sama, video tersebut menunjukkan beberapa paparan senjata baharu dengan suasana pasca perperangan nuklear seperti dikeluarkan oleh Bethesda sendiri semasa persidangan E3 lepas.

Fallout 4 akan berada dipasaran pada 10hb November ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -