fbpx

Video Trailer Assassin’s Creed Valhalla Diperlihat – Kembalinya “Hidden Blade”

Seperti yang dijanjikan, Ubisoft telah memuatnaikkan video trailer untuk permainan Assassin’s Creed baharu, Valhalla. Video yang dimuatkan lebih kepada trailer sinematik dan tiada video yang memaparkan gameplay setakat ini.

Namun, dari video tersebut menunjukkan beberapa karakter dan suasana lokasi.

Didalam Assassin’s Creed Valhalla, anda akan memainkan peranan sebagai Eivor, seorang penyerang Viking. Ianya juga akan ditetapkan pada zaman gelap semasa England di abad ke-9.

Video trailer dibawah menunjukkan Eivor didalam pengembaraannya didalam sesi perperangan namun lebih kepada perlawanan seorang kepada seorang. “Hidden blade” yang telah hilang dari permainan Assassin’s Creed sebelum ini, telah kembali.

Mengikut dari kenyataan media Ubisoft, ianya akan membawakan elemen RPG, serupa seperti permainan AC sebelumnya dengan dialog yang memerlukan pemain membuatkan keputusan. Selain dari itu mekanik pembangunan penempatan juga akan hadir beserta dengan penambahbaikan sistem perlawanannya.

Assassin’s Creed Valhall akan hadir hujung tahun ini untuk PS4, PS5, PC, Xbox One, Xbox Series X dan Stadia.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen