fbpx

Video Trailer Cyberpunk 2077 Dipertonton – Beberapa Kandungan Baharu

Program striman Night City Wire telahpun melabuhkan tirai dan nampaknya beberapa kandungan seperti video trailer baharu untuk Cyberpunk 2077 dipertonton.

Video trailer prolog ini, menunujukkan lebih banyak dunia permainan ini, karakter dan juga sedikit pengenalan pada jalan cerita.

Malah melalui video diatas, CD Projekt Red mendedahkan kawasan baharu, Badlands, sebuah kawasan padang pasir yang terletak diluar kawasan Night City yang dihuni oleh The Nomads.

Malah, mereka juga menunjukkan bentuk permainan mengenai sistem Braindance, dimana pemain boleh menghidupkan semula memori karakter terpilih.

Menariknya, sistem ini juga bukan sahaja membawakan penglaman memori dari pandangan karakter, malah dari beberapa pandangan lain seperti dari kamera litar tertutup.

Night City Wire yang ditayangkan sebentar tadi adalah episod pertama dari beberapa episod lain yang akan datang. Nantikan tarikh baharu untuk lebih banyak kandungan yang akan ditunjukkan oleh mereka.

Berkaitan

- Iklan -

Komen