fbpx

Program Striman Cyberpunk 2077 Ditunda

Program striman langsung oleh CD Projekt RED, Night City Wire untuk menunjukkan lebih maklumat lanjut Cyberpunk 2077 ditunda.

Mengikut dari akaun rasmi Twitter rasmi mereka, acara yang dijadualkan pada 11hb Jun ini bakal ditunda ke 25hb Jun.

Ini adalah berikutan dengan pergolakan yang sedang berlaku di US sekarang dan banyak syarikat menyokong pergerakan anti-perkauman seperti Sony dengan penundaan striman PS5 dan Activision dengan kandungan musim Call Of Duty.

Cyberpunk 2077 bakal hadir dipasaran pada 17hb September dan pra-tempah untuk versi fizikal telahpun dibuka untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

- Iklan -

Komen