“Adakah X atau O?”, itulah persoalan seringkali ditanyakan untuk pemain PlayStation yang keliru sama ada butang tersebut adalah untuk pengesahan atau pembatalan. Ini adalah kerana Jepun (dan kadangkala Asia) menggunakan butang bulatan (“O”) untuk pengesahan, manakala butang “X” digunakan untuk pembatalan.
Namun, untuk lain-lain negara menggunakan butang sebaliknya.
Untuk konsol PS5, ianya akan berubah untuk seragamkan seluruh dunia, termasuk negara asal Sony sendiri, Jepun untuk menerima pakai “X” sebagai butang pengesahan berbanding bulatan.
Ini dilaporkan oleh AV Watch, salah satu media di Jepun yang berpeluang untuk berpengalaman dengan konsol gen-baharu Sony lebih awal.
PS5 bakal dilancarkan di Malaysia pada 19hb November 2020.
Sumber: AV Watch, melalui Gamer Matters.