fbpx

Xbox One X Cyberpunk 2077 Melalui Video Baharu Microsoft

Semakin dekat Cyberpunk 2077 ke tarikh pelancarannya pada September nanti, semakin banyak produk-produk eksklusif permainan tersebut akan muncul dipasaran. Microsoft tidak ketinggalan dengan konsol Xbox One X versi Cyberpunk 2077 melalui video yang dimuatnaik oleh mereka semalam. Menariknya, video tersebut didalam status “unlisted”, anda boleh menontonnya dibawah:

Konsol yang mempunyai reka bentuk tema siber punk dan didatangkan dengan lampu LED, sentuhan cahaya dalam gelap dan ukiran laser. Alat kawalan juga direka dengan ekslusif melalui warna perak-hitam diikuti dengan ukiran “No Future” di sebelah kanan unit kawalan itu.

Mengikut dari maklumat pengakhiran video diatas, konsol ini akan mula berada dipasaran pada bulan Jun 2020, 3 bulan lebih awal dari pelancaran permainan dari CD Projekt Red tersebut.

Cyberpunk 2077 akan hadir pada PS4, PC, Xbox One dan Stadia.

Sumber: Youtube melalui Windows Central.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen