fbpx

Yakuza: Like A Dragon Bakal Dilancarkan 3 Hari Awal, Kecuali PS5

Berita baik, Sega membuat keputusan untuk melancarkan Yakuza 7 versi Inggeris, Yakuza: Like A Dragon tiga hari lebih awal dari tarikh pelancaran asal.

Permainan RPG itu yang sepatutnya dilancarkan pada 13hb November, kini ditukarkan kepada 10hb November. Ini adalah salah satu inisiatif mereka untuk selaraskan dengan pelancaran konsol Xbox Series X dan S.

Tarikh baharu ini juga dibuat untuk konsol PS4 dan PC (Steam) juga.

Namun, untuk versi PS5, nampaknya tarikh pelacan lebih lama dari yang dijangka, iaitu 2hb Mac 2021, 4 bulan selepas pelancaran dari tarikh baharu mereka.

Untuk pembeli versi PS4 boleh dinaiktarafkan ke PS5 secara percuma. Namun peliknya, fail simpanan tidak akan dibawa. Ini bermakna pemain perlu main semula di PS5 kelak.

Sebab mengapa tundaan ini dibuat untuk para pemain PS5 masih tidak lagi diketahui. Namun banyak spekulasi dibuat mengenai Microsoft bakal peroleh syarikat Sega selepas pembelian Zenimax Media (Bethesda) minggu lepas.

Yakuza: Like A Dragon akan dilancarkan pada 10hb November untuk PS4, PC (Steam, Microsoft Store), Xbox One dan Xbox Series X|S. Versi PS5 bakal hadir pada 2hb Mac 2021.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -