Atas situasi yang berlaku khususnya di US sekarang, Sony telah membuat keputusan untuk menunda acara PS5 yang asalnya dijadualkan pada 5hb minggu lepas dengan ketiadaan tarikh baharu diumum.
Namun hari ini berita gembira bagi semua dengan pengumuman baharu mengenai acara PS5 ini bakal dibawakan secara langsung pada Jumaat, 12hb Jun jam 4 pagi.
Atas sebab pergerakan anti-perkauman yang sedang berlaku di US sekarang, bukan Sony sahaja mengambil tindakan untuk menunda acara PS5 mereka, malah kandungan musim baharu Call Of Duty dan program striman oleh CD Projekt Red untuk Cyberpunk 2077 turut serta ditunda sebagai tanda sokongan terhadap pergerakan tersebut.