fbpx

Adakah Konsol Xbox One Tidak Lagi Relevan Kepada Pemain?

Selepas pembatalan permainan video Scalebound, ianya sekaligus mengundang kemarahan dan mengecewakan banyak peminat yang telah menunggu beberapa tahun untuk bermain permainan dari PlatinumGames ini.

Banyak media dan pendapat menyatakan bahawa konsol Xbox One tidak lagi relevan kepada semua khususnya pada tahun 2017 atas kekurangan eksklusif untuk menyakinkan pemain membeli konsol ini. Namun adakah ianya benar? Adakah konsol generasi kini Microsoft menghadapi kesukaran untuk jualan mereka atas persaingan hebat diberi oleh Sony?

Berikut adalah pandangan kami mengikut dari beberapa analisa dan statistik:

Nota: Artikel ini hanyalah pandangan individu oleh salah satu editor GamerMalaya.

[section label=”Kekurangan Eksklusif”]Kekurangan Eksklusif

Semua tahu bahawa permainan eksklusif adalah topik jualan utama bagi syarikat seperti Microsoft & Sony untuk konsol mereka kekal relevan didalam pasaran. Selepas pembatalan Scalebound beberapa hari yang lepas, Microsoft menyatakan bahawa mereka masih memfokuskan kepada eksklusif mereka untuk tahun 2017 seperti dibawah:

[blockquote]….we’re working hard to deliver an amazing lineup of games to our fans this year, including “Halo Wars 2,” “Crackdown 3,” “State of Decay 2,” “Sea of Thieves” and other great experiences.[/blockquote]

Dari kenyataan media diatas, kita dapat lihat Microsoft ingin memfokuskan kepada permainan seperti Halo Wars 2, Crackdown 3, Sea of Thieves dan sekuel State of Decay.

Namun dari senarai tersebut, seperti Halo Wars 2, ianya adalah sebuah permainan video startegi yang pernah ditunda dari tarikh asal pada tahun 2016. Siri pertama pernah dipasarkan pada tahun 2009 untuk Xbox 360.

State of Decay 2 pula adalah sekuel dari siri sebelumnya yang menerima reviu positif. Namun ianya dianggap sebagai permainan berskala kecil / indie.

- Iklan -

Sea of Thieves adalah sebuah permainan yang agak menarik, menggunakan konsep lanun kapal yang memfokuskan kepada pengalaman bermain multiplayer. Setiap karakter mempunyai maklumat yang berlainan untuk pencarian harta karun bersama. Maka komunikasi amat penting untuk permainan ini.

Walaupun permainan yang disebut oleh Microsoft diatas agak menarik, namun kalau dibandingkan dengan senarai eksklusif Sony seperti video dibawah, bagi kami Microsoft masih lemah untuk bertanding didalam segmen ini, khususnya permainan video berstatus AAA.

[section label=”Xbox Play-Anywhere”]Xbox Play-Anywhere

Microsoft juga menyediakan konsep cross-platform yang bernama “Xbox Play-Anywhere“, dimana pemain boleh bermain permainan Xbox One mereka di Windows 10, ataupun secara sebaliknya. Untuk konsep ini banyak pendapat diberi, ianya bercampur aduk antara positif dan negatif.

Secara umumnya kepada pemain ini adalah berita baik untuk bermain permainan seperti Forza Horizon 3, ReCore ataupun Gears of War 4 didalam platform PC dengan kualiti grafik yang lebih tinggi. Namun bagi Microsoft ianya berkemungkinan akan memberi impak kepada jualan Xbox atas kerana pemain PC tidak perlu lagi membeli konsol Xbox untuk bermain permainan eksklusifnya.

[section label=”Tidak Fokus Kepada Pasaran Sesetengah Negara”]Tidak Fokus Kepada Pasaran Sesetengah Negara

Kita semua tahu, sehingga sekarang Microsoft masih lagi tidak membawa konsol Xbox One secara rasmi di Malaysia, sama juga kepada kebanyakan negara yang lain. Ini amat penting kerana pasaran tempatan akan memberi kenyakinan kepada pembeli atas sebab waranti dan khidmat pelanggan. Sony amat agresif didalam segmen ini, terima kasih pada rangkaian jualan barang elektronik mereka untuk memudahkan mereka memasuki pasaran tempatan.

Data melalui VGChartz

Microsoft juga ingin memasuki pasaran Jepun, tempat kelahiran PlayStation & Nintendo, namun masih lagi tidak mendapat jualan yang memberangsangkan. Phil Spencer, ketua pasukan Xbox akui tentang isu ini. Beliau berkata senarai permainan video untuk konsolnya masih lagi mengikuti tema barat berbanding Sony & Nintendo yang mempunyai senarai yang agak sesuai dengan budaya pemain dari negara matahari terbit itu. Scalebound salah satu permainan yang agak penting untuk pasaran Jepun khususnya, maka pembatalan permainan tersebut agak kritikal untuk misi Microsoft kepada pasaran Jepun.

Namun untuk prestasi pasaran Microsoft sendiri, jualan Xbox One mencatat rekod tertinggi didalam sejarah di negara US. Ini adalah atas pengenalan Xbox One S yang lebih kecil dan murah dan juga susulan dari diskaun melalui jualan hujung tahun mereka. Namun, Sony mengumumkan bahawa jualan PlayStation 4 mencatat lebih tinggi dengan jumlah yang besar. Rekod terakhir yang diumumkan adalah sebanyak 53.4 juta unit terjual diseluruh dunia.

[section label=”Kebolehan Bermain Permainan Xbox 360 Di Xbox One”]Kebolehan Bermain Permainan Xbox 360 Di Xbox One

- Iklan -

Bagi kami ini adalah salah satu faktor yang kritikal kepada status relevan konsol ini kepada pemain. Fungsi backward comptability membolehkan pemain bermain permainan dari konsol sebelumnya, Xbox 360 didalam konsol Xbox One. Fungsi ini amatlah bagus kepada pemain dari konsol generasi sebelumnya untuk menaik taraf kepada konsol generasi baharu dan dalam masa yang sama mereka menikmati permainan lama mereka.

Setakat ini Sony tidak mengumumkan berita yang berkaitan, dan kami yakin ianya tidak akan terjadi didalam masa yang terdekat atas sebab program PlayStation Now, dimana pemain boleh strim permainan klasik dari konsol terdahulu didalam PS4. Namun program ini mempunyai kos yang terlalu mahal (USD $9.99 sebulan) dan terhad untuk pasaran US atau Eropah sahaja.

[section label=”Selamat Tinggal Xbox?”]Selamat Tinggal Xbox?

Pelancaran Xbox One pada tahun 2013 agak lemah atas sebab Microsoft mengambil keputusan kepada perlaksanaan polisi DRM seperti paksaan sambungan internet untuk bermain dan juga melarang pemain untuk menjual permainan video mereka. Walaupun Microsoft menarik balik polisi tersebut, isu tersebut telah memberi impak kepada reputasi konsol itu sendiri, dan ianya mengambil masa untuk menarik balik pemain untuk membeli.

Jikalau anda pernah ingat, situasi ini telahpun berlaku kepada Sony pada pelancaran PlayStation 3 yang lalu dengan harga pengenalan yang melampau dan membuatkan Microsoft menjual Xbox 360 dengan jayanya.

Xbox S X360

Bagi kami, ini adalah waktu kritikal bagi Microsoft untuk kembali bersaing dengan lebih sengit kepada konsol PlayStation 4. Dengan kedatagan konsol lifestyle baharu Nintendo Switch, industri ini akan menjadi lebih menarik buat semua. Persaingan sihat antara Sony, Microsoft, mahupun Nintendo amatlah penting buat kita semua sebagai pengguna untuk mendapat kelebihan khususnya dari faktor kualiti yang diberikan oleh mereka.

Namun ianya ternyata Microsoft mendengar pendapat dan maklum balas dari peminat mereka. Dengan fungsi backward compatibility sehinggalah Xbox Play-Anywhere, ianya adalah program yang kami amat hargai sebagai pemain dan pengguna kepada Microsoft.

Akan tetapi, untuk menarik perhatian kepada pemain baharu, Microsoft perlu memfokuskan kepada pasaran tempatan yang mempunyai potensi untuk mereka menyerlah, juga menyediakan pemasaran yang lebih efektif. Selain itu, senarai permainan eksklusif juga amatlah penting untuk memikat pemain baharu membeli konsol mereka.

- Iklan -

Bagi kami, Phil Spencer sedang cuba sedaya upaya untuk memberi konsol Xbox One ini lebih relevan dipasaran sekarang. Kami berharap Project Scorpio yang akan hadir tidak lama lagi akan membantu mereka khususnya dari prestasi jualan mereka dengan lebih positif.

Apa pula pendapat anda? Adakah ianya masih relevan? Jom kongsikan pendapat anda dengan komen dibawah!

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -