Microsoft hari ini mengesahkan bahawa permainan video bernama Scaelbound kini dibatalkan serta merta, melalui kenyataan rasmi mereka kepada IGN seperti dibawah:
[blockquote cite=”Microsoft”]“After careful deliberation, Microsoft Studios has come to the decision to end production for Scalebound. We’re working hard to deliver an amazing lineup of games to our fans this year, including Halo Wars 2, Crackdown 3, State of Decay 2, Sea of Thieves and other great experiences.”[/blockquote]
Seperti kenyataan diatas, Microsoft juga menyatakan bahawa mereka memfokuskan kepada pembinaan banyak permainan melalui laman web rasmi mereka.
Mengikut dari IGN lagi, mereka menanyakan bahawa hak harta (IP) Scalebound dibawah Microsoft atau PlatinumGames (Studio pembina), Microsoft memberi jawapan yang agak kabur seperti dibawah:
[blockquote cite=”Microsoft”]we do not comment on the details of our business agreements with partners,[/blockquote]
Microsoft juga tidak menyatakan bahawa mereka ingin bekerjasama dengan Platinum sekali lagi pada masa akan datang.
Scalebound adalah sebuah permainan video yang diumumkan oleh Microsoft semenjak E3 2014 lagi, dan dijadual untuk pelancaran pada penghujung 2016 sebelum ditunda pada tahun 2017. Ianya adalah permainan video perlawanan dengan karakter yang agak hip (ala Dante-Devil May Cry) dan ditemani naga untuk berlawan dengan musuh. Ianya semakin positif dengan video multiplayer dikeluarkan dan mendapat 10 senarai permainan yang kami inginkan pada tahun 2016 sebelum berita pembatalan ini.
PlatinumGames adalah studio disebalik pembikinan Scalebound, mereka juga punyai pelbagai projek seperti NieR:Automata yang akan dipasarkan pada bulan Mac ini.