Xbox Series X, sebuah konsol generasi baharu Microsoft dilengkapkan dengan SSD khas untuk menyimpan permainan video bersaiz 1TB, lebih dari PS5 yang diperkatakan sebanyak 825GB.
Namun, selepas beberapa outlet media dapat peluang untuk mengalami konsol ini lebih awal, nampaknya hanya 802GB sahaja boleh digunakan untuk storan.
Mengikut dari laporan IGN, nampaknya kehilangan hampir 200GB itu adalah untuk sistem operasi dan fail sistem.
Akan tetapi, SSD khas Xbox Series X ini amatlah pantas untuk memuatkan permainan video atau menukarkan dari satu sesi kepada permainan yang lain. Anda boleh lihat melalui video dari Gamespot dibawah:
Anda juga boleh menggunakan pemacu keras luaran yang senang didapati dipasaran dan agak murah, jikalau dibandingkan dengan kad storan tambahan oleh Seagate.
Sony masih lagi tidak mengumum apa-apa mengenai storan, kecuali maklumat 825GB SSD yang bakal dipasangkan bersama PS5. Dan ianya agak menarik untuk ketahui sama ada ianya telahpun ditolak untuk peruntukan fail sistem seperti Xbox Series X.
Tiada laporan dibuat untuk Xbox Series S setakat ini, namun jikalau ianya menyamai dengan Series X, maka konsol ini bakal mempunyai pengalaman saiz storan yang lebih kecil, iaitu 314GB dari 512GB storan.
Sumber: IGN, melalui Techradar dan Gamer Matters.