Salah satu fungsi yang menarik untuk Xbox Series X dan Series S adalah berkebolehan untuk memasukkan kad storan tambahan melalui slot yang sedia ada, sebuah fungsi yang pernah kita lihat di Xbox 360.
Namun seperti yang dijangkakan, kad storan khas Xbox Series oleh Seagate ini bakal mengenakan kos yang tinggi.
Kad storan tambahan berkapasiti 1TB oleh Seagate ini akan dijual pada USD $219.99 (RM917~), satu harga yang agak mahal, hanya tambah USD $80 untuk beli seunit Xbox Series S. Sebagai perbandingan, 1TB untuk SSD adalah lebih kurang RM300 ke atas, atau RM500 untuk SSD NVME.
Ini adalah satu perkara yang difahami atas sebab teknologi adalah dibuat khas untuk Xbox Series sahaja. Teknologi yang dipanggil Xbox Velocity Architecture ini membolehkan pembacaan SSD lebih laju dari pembacaan SSD yang kebiasaan yang kita lihat di PC (Namun tidak bagi SSD Samsung ini). Teknologi yang serupa boleh dilihat didalam PS5 juga.
Usah risau, permainan Xbox Series X|S masih lagi boleh dimain melalui pemacu keras luaran yang senang didapati dipasaran dengan harga yang lebih murah.
Xbox Series X dan Series S bakal berada dipasaran pada 10hb November 2020.