Semestinya ini bukan berita yang baik buat semua. Selain dari beberapa permainan PS4 hadir ke PS5 sebagai naik taraf percuma, bukan semua darinya boleh membawa fail simpanan kepada konsol gen-baharu Sony kelak. Ini bermakna, anda perlu bermain semula seperti pemain baharu pada versi PS5.
Beberapa permainan yang telahpun mengumum untuk tidak kebolehan fungsi tersebut, salah satunya adalah Yakuza: Like A Dragon, melalui pengumumannya beberapa hari lepas, selain dari berita buruk mengenai tarikh lancar PS5 dibawa ke 4 bulan nanti.
Selain dari permainan Sega itu, Dirt 5 juga telah mengesahkan bahawa ini adalah isu untuk pemain PlayStation mengenai pembawaan fail simpanan ke generasi baharu mereka. Namun hanya ciptaan Playground sahaja boleh dibawa.
Permainan RPG jerung, Maneater juga mendapat naik taraf percuma kepada versi PS5, namun telah disahkan melalui halaman FAQ mereka, bahawa fail simpanan tidak boleh dibawa dari PS4 atas kerana ianya adalah sebuah permainan yang “berbeza” dengan set trofi tersendiri untuk versi PS5.
Lain pula dengan permainan rentas-generasi, Marvel’s Spider-Man: Morales, yang dimana fail simpanan profil boleh dibawa ke PS5 dari edisit PS4 melalui Tweet dibawah.
Nampaknay, mengikut dari situasi sekarang, fail simpanan hanya boleh dibawa ke PS5 adalah bergantung kepada setiap permainan itu sendiri. Ini sangat berbeza dengan apa yang Xbox lakukan dengan teknologi Smart Delivery dimana pemain bukan sahaja boleh miliki satu unit permainan kepada semua konsol Xbox, malah fungsi rentas profil simpanan juga turut boleh dibuat secara mudah. Beberapa permainan PC juga boleh turut sama untuk membawakan fail profil kepada konsol.
Situasi ini agak membimbangkan dan tidak ideal untuk PlayStation. Maka, untuk pemilik PS5 kelak, lebih baik untuk menggangap naik-taraf ke gen-baharu kelak bakal bermain sebagai pemain baharu, mahupun anda telahpun sudah bermain setengah jalan di konsol PS4 anda.
Sumber: Gamer Matters.