fbpx

Cyberpunk 2077 Sekali Lagi Ditunda

Permainan yang dinanti ramai, Cyberpunk 2077 sekali lagi ditunda, mengikut dari pengumuman terbaharu pembanungnya, CD Projekt RED.

Permainan dunia terbuka RPG pandangan pertama ini bakal dilanjut kepada 19hb November dari tarikh asalnya 17hb September.

Ini bukan kali pertama CD Projekt RED menunda projek permainan skala besar mereka, malah permainan terkenal mereka, Witcher 3 pernah mendapat beberapa kali penundaan sebelum pelancarannya yang amat cemerlang. Harapan yang sama kami mahukan pada permainan ini juga.

Berita baiknya, kandungan permainan ini sudahpun siap dengan elemen permainan telahpun siap sedia. Namun sebab penundaan ini adalah lebih kepada kestabilan pengalaman permainan dan pembaikan kecacatan didalam Cyberpunk 2077.

Beberapa butiran bakal dipapar pada acara striman mereka, Night City Wire yang akan dijadualkan pada 25hb Jun nanti.

Pra-tempah untuk pasaran Malaysia telahpun dibuka semenjak bulan lepas dengan beberapa barangan istimewa untuk pembelian edisi khas, dimana anda boleh lihat maklumat lanjut disini.

Berkaitan

- Iklan -

Komen