Peminat pengembaraan bersama Lara Croft masih lagi boleh diteruskan dengan pengumuman DLC baharu oleh Square Enix yang bernama Cold Darkness Awakened. Dengan jualan didalam rangka harga $9.99 (RM50), ianya akan hadir pada 29hb Mac 2016 untuk platform Xbox One dan juga Xbox 360.
[blockquote cite=”Square Enix (PR)”]Cold Darkness Awakened adalah sebuah pengembaraan baharu Lara di sebuah pusat penyelidikan semasa perang sejuk yang lepas dimana ianya mempunyai pelbagai sejarah yang gelap dengan pelbagai musuh yang tidak dijangka menanti. Lara haruslah menggunakan kecerdikan, kemampuan fizikal dan pelbagai pengetahuan yang ada untuk menempuh musuh baharu ini dan menutup pusat penyelidikan tersebut.[/blockquote]