fbpx

For Honor, Akan Mempunyai Kempen Sebagai Single Player

For Honor, sebuah game perperangan didalam zaman “Medieval” yang akan dikeluarkan dipasaran pada tahun ini dari syarikat Ubisoft. Berdasarkan dari video gameplay yang dikeluarkan semasa E3 yang lepas, ianya amat nyata bahawa siri game ini akan lebih memfokuskan kepada perlawanan secara Multiplayer.

Namun berdasarkan dari video temuramah bersama Stephane Cardin selaku pihak Producer untuk projek For Honor yang dimuat naik oleh Ubisoft menyatakan bahawa game ini juga akan mempunyai mode kempen sebagai single player.

“Salah satu soalan yang dituju oleh peminat adalah tentang mode single player didalam For Honor”, kata Cardin didalam video diatas. “Kami telah umumkannya sebelum ini bahawa ianya akan hadir dengan mode permainan secara solo. Ianya masih lagi didalam proses pembinaan dan saya tak sabar untuk kongsikan pengalaman bermain kempen singe player ini kepada peminat semua.” Kata Cardin lagi.

20-Game-Kami-Nak-2016-GamerMalaya

Setakat ini masih lagi tiada maklumat lanjut tentang tarikh pelancaran For Honor.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -