fbpx

Beberapa Pengedar Menyenaraikan Nvidia GTX 1080 Ti Dengan Harga Dari RM3,899

Nvidia pernah mengumumkan kad grafik yang paling berkuasa dari mereka, GTX 1080 Ti di acara GDC 2017 (Game Developers Conference) yang lepas, dan ramai yang menantikan kad grafik ini mula dipasarkan. Namun setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai tarikh dan harga jualan.

Hari ini, kami mendapat tahu bahawa salah satu pengedar dari laman web penjualan atas talian Lelong.my, menjual kad grafik ini dengan harga dari RM3,899. Sudah semestinya ianya mempunyai banyak perbezaan jikalau dibandingkan dengan harga rasmi Nvidia pada paras USD $699 (Lebih kurang RM3,112).

GTX 1080 Ti adalah sebuah kad grafik paras tertinggi yang mempunyai prestasi 35% lebih baik dari GTX 1080 dan juga Titan X. Dibina atas arkitektur “Pascal“, 1080 Ti adalah sebuah GPU yang boleh bermain diparas 4K tanpa masalah dengan memori kad sebanyak 11GB.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -