fbpx

Horizon Forbidden West Adalah Permainan Eksklusif PS5 Paling Dinantikan

28 Permainan telahpun dipaparkan pada acara pelancaran PS5 yang lepas. Menariknya, selepas acara tersebut, laporan dari iPrice Group mendapati Horizon Forbidden West adalah permainan yang paling popular dan dinantikan berbanding dengan permainan eksklusif PS5 yang lain.

Laporan ini adalah mengikut data Google Trends, sebuah data meliputi pencarian permainan didalam laman web Google. Data diambil dari tarikh 12hb Jun, iaitu semasa acara PS5 berlangsung dan dimana kita semua dapat lihat reka bentuk konsol PS5 buat julung kalinya. Tajuk permainan yang diambil kira adalah berdasarkan tajuk yang mengandungi bahasa Inggeris dan Jepun.

Manakala permainan yang pernah diumum sebelum tarikh tersebut dan nama yang mempunyai kata kunci yang terlalu generik tidak akan dimasukkan didalam data ini.

Untuk permainan eksklusif PS5, 25% dari pencarian Google adalah berpihak kepada Horizon Forbidden West, sebuah permainan sekuel dari Guerrilla Games yang menjanjikan skrin muatan yang minimum.

Manakala populariti tersebut dikongsi pada tangga kedua, iaitu Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dengan 18% dan diikuti Demon’s Souls Remake 12%, mengalahkan Gran Turismo 7 pada tangga ke-4 dengan 8% dominasi.

Data iPrice juga menyaksikan pencarian untuk permainan parti ke-3 yang diumum semasa pelancaran PS5.

Peratusan kali ini lebih besar, iaitu 55% carian majoriti untuk permainan Capcom baharu, Resident Evil 8 diikuti dengan Hitman 3 pada paras 11% dan Pragmata pada paras 11%.

Untuk data penuh, anda boleh lihat di laman web iPrice.

- Iklan -


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -