Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Horizon: Zero Dawn Complete Edition Akan Hadir Di Malaysia Disember Ini

51

Untuk sesiapa yang belum pernah bermain permainan Horizon: Zero Dawn, maka Complete Edition adalah pakej yang terbaik untuk anda. Permainan RPG dunia terbuka ini telahpun dipasarkan semenjak bulan Februari yang lepas (dengan kritikan yang amat positif) dan Guerrilla Games mengumumkan bahawa Complete Edition beserta dengan DLC The Frozen Wilds akan hadir kelak dipasaran.

Mengikut dari sidang media oleh Sony pada E3 yang lepas, Frozen Wilds akan membawakan lebih banyak jalan cerita, penambahan musuh dan lokasi-lokasi baharu. DLC ini akan di integrasikan didalam permainan tersedia, dan pemain hanya perlu teruskan misi mereka sekarang untuk mencapai kandungan ekstra DLC ini.

Mengikut dari pihak Sony Asia (SIES), Horizon Zero Dawn: Frozen Wilds akan hadir dipasaran pada 7hb November ini dengan harga RM 79, dan ianya hanya didatangkan didalam bentuk digital.

Manakala Complete Edition akan dijual kemudian pada 5hb Disember nanti dengan harga RM189 atau RM199 untuk versi fizikal.

Artikel asal: Gamer Matters