Beberapa bulan yang lepas pemain bola sepak lagenda dunia, Diego Maradona ingin menyaman syarikat penerbit permainan video, Konami atas sebab menggunakan imej beliau didalam permainan bola sepak PES 2017.
Situasi menjadi lebih keruh apabila Konami membalas kenyataan tersebut kepada beliau.
Namun isu tersebut kini selesai selepas beliau menandatangan untuk menjadi duta terhadap permainan tersebut.
El Eco mengeluarkan laporan dimana Konami bersetuju membuat bayaran kepada Maradona untuk menjadi duta PES 2017 sehingga tahun 2020. Namun jumlah bayaran tidak diketahui.
Malah, Takayuki Kubo, Presiden kepada Konami Digital berjumpa dengan beliau secara individu di Argentina untuk perbincangan tentang persetujuan ini. Maradona juga berjanji untuk menderma sebahagian dari wang tersebut untuk membantu menambahbaik kemudahan bola sepak di Argentina.
Sumber: Kotaku

