fbpx

Jangan Risau, Deathloop & Ghostwire: Tokyo Masih Lagi Eksklusif Masa Terhad Untuk PS5

Siapa sangka, studio disebalik permainan seperti Fallout, Dishonored, Prey, mahupun permainan baharu Bethesda, Deathloop dan Ghostwire: Tokyo kini dibawah keluarga Microsoft-Xbox melalui perolehan mereka baru-baru ini.

Namun selepas pengumuman tersebut, banyak pemain mula resah dengan keputusan Bethesda untuk status eksklusif masa terhad permainan Deathloop dan Ghostwire: Tokyo pada konsol PS5.

Mengikut dari temu ramah antara Phil Spencer, Ketua Divisyen Xbox dengan Bloomberg, beliau berkata bahawa mereka masih mengekalkan status eksklusif tersebut mahupun studio tersebut dibawah Xbox sekarang.

Semestinya ini adalah satu perkara yang baik dibuat oleh Microsoft, namun ini bukanlah kali pertama Microsoft membuat keputusan sedemikian. The Outer Worlds dan Wasteland 3 masih lagi permainan multi-platform mahupun studio masing-masing (Obsidian dan InXile Entertainment) diperoleh Microsoft.

Perolehan Bethesda (Dibawah syarikat induk, Zenimax Media) adalah satu perolehan terbesar Microsoft didalam sejarah industri permainan video. Mahupun kita tidak tahu lagi apakah tujuan dan sebab mengenai perolehan tersebut, kami percaya ianya mungkin lebih fokus kepada nilai produk langganan mereka, Xbox Game Pass.

Sumber: Bloomberg, melalui Gamer Matters.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -