fbpx

Jualan PS Store Essential Pick: 8 Permainan Berbaloi Dibeli

PlayStation Store Asia sedang mengadakan jualan Essential Pick dari sekarang sehingga 15hb September ini, dan dari senarai jualan itu beberapa permainan sedang mendapat diskaun yang besar.

Permainan seperti The Last Of Us Part 2, telahpun mendapat diskaun. Walaupun diskaun hanyalah 17%, namun permainan ini baru sahaja dilancarkan pada Jun lepas, ternyata satu tawaran yang berbaloi.

Selain dari kontroversi yang melanda pada permainan ini, pengalaman dan kandungan permainan ini ternyata menyeronokkan seperti kami nyatakan melalui ulasan kami.

Beberapa permainan dibawah payung PlayStation Studios juga mendapat diskaun lebih dari setengah harga dari harga jualan asal.

Anda juga mungkin berminat dengan The Witcher 3, khususnya apabila CD Projekt Red membuat pengumuman tawaran naik taraf ke PS5 secara percuma.

  • The Last Of Us Part 2 – RM198.37 (Diskaun 17%)
  • Marvel’s Spider-Man – RM84.50 (Diskaun 50%)
  • Horizon Zero Dawn – RM35.55 (Diskaun 55%)
  • Gran Turismo Sport – RM35.55 (Diskaun 55%)
  • God Of War (2018) – RM58.05 (Diskaun 55%)
  • The Witcher 3: Wild Hunt – RM60 (Diskaun 70%)
  • Need For Speed Heat – RM105.60 (Diskaun 60%)
  • Assassin’s Creed Origins – RM100 (Diskaun 60%)

Layari halaman jualan Essential Picks disini untuk lihat jualan tersebut.

Berkaitan

- Iklan -

Komen