fbpx

Karakter Jill Tersedia Didalam Resident Evil Resistance

Bekas ahli S.T.A.R.S. dan watak protagonis untuk Resident Evil 1 dan 3, Jill Valentine kini tersedia untuk digunakan didalam Resident Evil Resistance. Sebuah komponen multiplayer didalam Resident Evil 3 Remake.

Didalam permainan ini, Jill akan mempunyai kemahiran beliau tersendiri, serupa dengan karakter-karakter lain didalam RE Resistance. Jikalau anda pernah bermain kempen utama RE 3, maka anda mungkin sudah biasa dengan kemahiran beliau. Jill boleh menukarkan senjatanya kepada pistol Samurai Edge yang mempunyai ketepatan dan ketukan balik yang baik. Beliau juga mampu untuk mengelak semasa perlawanan, dimana satu kemahiran yang dibawa dari permainan utama.

Dalam masa yang sama, Capcom juga mengongsikan peta jalan untuk kandungan akan datang RE Resistance dalam beberapa bulan akan datang. Seperti yang dinyatakan, Jill akan hadir pada bulan ini dimana Nicholai Ginovaef pada bulan hadapan yang berperanan sebagai mastermind.

Untuk makluman, Resident Evil Resistance, yang dimana sebahagian dari Resident Evil 3 Remake adalah salah satu permainan yang melibatkan studio dari Malaysia. Permainan ini telahpun berada dipasaran untuk PS4, PC (Steam) dan Xbox One. Baca reviu Resident Evil 3 Remake kami disini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -