Ketua Divisyen Xbox, Phil Spencer hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa maklumat baharu Gears of War 4 akan diumumkan pada acara E3 tahun ini. Sumber melalui akaun sosial Twitter beliau, Phil memberi maklum balas kepada Rod Fergusson dari Coalition Studio, sebuah studio disebalik pembikinan siri Gears of War baharu ini.
@GearsViking @aarongreenberg Good day seeing whole show, for the first time, end to end. More work to do but coming together #XBOXE32016
— Phil Spencer (@XboxP3) May 20, 2016
Mengikut dari perbualan Twitter diatas, sudah ternyata kandungan dan maklumat baharu akan diumumkan pada E3 nanti. Gears of War 4 pernah diumumkan buat pertama kali kepada umum pada acara mereka E3 lepas.
Gears of War 4 akan berada dipasaran pada 11hb Oktober ini sebagai game eksklusif untuk konsol Xbox One.