fbpx

Mega Man Untuk iOS & Android Boleh Dimuat Turun Mulai 5 Januari

Capcom telah membuat pengesahan bahawa kesemua 6 siri klasik permainan Mega Man 8-bit dari platform NES akan hadir dan boleh dimuat turun mulai 5 Januari nanti untuk pasaran US manakala 6 Januari untuk Jepun / seluruh dunia.

Setiap permainan Mega Man (Dari siri 1-6) akan dijual dengan harga serendah USD $1.99 (Anggaran RM10) dan berkemungkinan tiada mikrotransaksi untuk caj tambahan semasa bermain.

Pelancaran Mega Man ini adalah salah satu inisiatif dari janji Capcom untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 8 permainan pada platform iOS dan Android.

Baru-baru ini banyak studio / syarikat melancarkan permainan mereka yang terkenal dari platform konsol / PC kepada peranti mudah alih untuk pasaran yang lebih besar.

Syarikat seperti Square Enix dengan permainan seperti Hitman, Deus EX GO mahupun Rockstar Games dengan permainan Bully.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -