fbpx

Microsoft Yakin Rise of the Tomb Raider akan Mengalahkan Fallout 4

Rise of the Tomb Raider adalah sebuah game eksklusif sementara untuk platform Xbox One tahun ini. Tarikh pelancaran yang dianggarkan pada 10hb November ini, dimana tarikh yang sama bagi sebuah game yang dinantika, Fallout 4. Kini Aaron Greenberg dari Microsoft menyatakan bahawa kedua-kedua game tersebut akan menerima sambutan yang baik atas sebab “ianya bukanlah sebuah genre yang sama dan bersaing satu sama lain.”

“Cabaran yang sentiasa dihadapi adalah jadual pelancaran dari pihak produksi. Kami mencuba sebaik mungkin untuk tidak tergesa-gesa untuk melancarkan game ini sehinggakan dibawah kualiti yang dimahukan.” Kata Greenberg semasa temuramah bersama Kinda Funny Games.

“Itu adalah keutamaan kami. Cabaran bagi Tomb Raider adalah, jikalau tarikh ditarik lebih awal, ianya akan dilancarkan pada waktu yang sama dengan Star Wars Battlefront, manakala Call Of Duty Black Ops III dan Halo 5 jikalau ditunda.” Katanya lagi.

Seperti yang kita tahu bahawa November dan Disember adalah bulan yang agak penuh dengan pelancaran game AAA dipasaran atas kerana musim cuti buat pemain.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -