fbpx

Neil Druckmann Memberi Komen Mengenai Tirisan The Last Of Us Part II Didalam Video Ini

The Last Of Us Part II, sebuah sekuel yang menjadi penantian ramai mendapat video mengenai pembangunan permainan ini. Namun beberapa hari yang lepas, satu tirisan besar berlaku yang menyebabkan ramai peminat tidak puas hati terhadap jalan cerita permainan ini.

Video yang baharu sahaja dimuat naik oleh Sony pagi tadi, membawakan beberapa komentar oleh pasukan disebalik pembangunan dan Neil Druckmann selaku Pengarah untuk permainan ini juga turut serta memberi komentari mengenai permainan ini.

Video diatas menunjukkan beberapa komentari mengenai penceritaan The Last Of Us Part II yang akan mula dipasarkan pada 26hb Jun nanti.

Seperti sedia maklum, satu tirisan telah berlaku didalam internet mengenai penceritaan permainan ini, malah, Naughty Dog juga mengesahkan bahawa tirisan itu adalah benar dan membawakan pelbagai reaksi dari peminat.

Neil Druckmann juga menyentuh tentang situasi ini melalui video diatas dan menerangkan bahawa cara penceritaannya agak berbeza dari siri yang pertama dan terpulang kepada peminat untuk mentafsirkan elemen penceritaan tersebut.

Ini adalah video siri pertama mengenai komentar tentang The Last Of Us Part II, dan berikut adalah jadual untuk video seterusnya:

  • 20hb Mei: Inside the Gameplay
  • 27hb Mei: Inside the Details
  • 3hb Jun: Inside the World

The Last Of Us Part II akan tiba pada 26hb Jun ini dan pra-tempah telahpun dibuka di Malaysia.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen