fbpx

Pengeluaran Nintendo Switch Kini Kembali Kepada Normal

Seperti kita semua tahu, tahap stok konsol Nintendo Switch amat terhad selama beberapa bulan atas lonjakan permintaan yang tinggi berikutan dengan situasi pandemik diseluruh dunia.

Malah, banyak peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan konsol ini hampir dua kali ganda untuk mendapatkan keuntungan lebih. Ketiadaan stok juga menyebabkan ramai orang marah dan tidak puas hati, ini adalah kerana keadaan ini berlaku berbulan lamanya.

Namun mengikut dari laporan baharu oleh CareerConnection, pengeluaran Nintendo Switch kini hampir pulih dari isu bekalan. Ini bermakna, produksi konsol tersebut bakal mencecah kapasiti 100% kelak dan bakal kembali ke “normal” seperti sediakala.

Switch, mencatat rekod yang agak baik tahun ini khususnya pada bulan Mac dengan 4.2 juta unit terjual, berikutan pelancaran Animal Crossing: New Horizons. Malah, permintaan Switch juga mampu mengalahkan PS4 di Malaysia, khususnya selepas PKP dikuatkuasakan.

Sumber: Melalui Nintendo Life.

Berkaitan

- Iklan -

Komen