Satu lagi catatan jualan yang membanggakan oleh Nintendo berkenaan dengan konsol hibrid generasi kini mereka, Nintendo Switch. Mengikut dari data jualan baharu, mereka telah mencatatkan 4.2 juta unit Switch terjual hanya didalam satu bulan, iaitu bulan Mac 2020.
Ini agak menarik, atas kerana tren pembelian konsol kebiasaannya akan menurun selepas pelancaran, melainkan promosi atau diskaun besar diberi.

Salah satu faktor utama mengenai kenaikan mendadak jualan ini adalah berikutan dari situasi pandemik yang menyebabkan banyak negara di seluruh dunia mengenakan perintah berkurung, sekaligus menyebabkan permintaan kepada konsol ini bertambah. Malah tren permintaan yang serupa berlaku di Malaysia.
Berkaitan
Tidak lupa juga pada pelancaran Animal Crossing: New Horizons, yang dilancarkan awal tahun ini dengan penjualan sebanyak 5 juta unit pada bulan yang sama.
Nintendo Switch boleh diperkatakan salah satu konsol yang berjaya didalam sejarah Nintendo dimana prestasi jualan konsol ini melebihi konsol generasi sebelumnya, seperti Wii dan Wii U.
Sumber: Nintendo Life.