fbpx

Pengumuman PS5 Pada Minggu Hadapan

Bersedia semua, tarikh keramat telah ditetapkan untuk semua para peminat konsol PlayStation. PlayStation Asia telahpun membuat kenyataan rasmi melalui akaun Twitter mereka, pengumuman PS5 bakal diadakan secara langsung pada minggu hadapan.

Namun disebabkan acara langsung pelancarannya dibuat secara langsung, maka waktu pelancarannya agak ganjil bagi kita semua di rantau Asia, iaitu pada 4 Pagi, 5hb Jun ini.

Jikalau dibandingkan dengan Xbox Series X, PS5 masih lagi tidak mendapat banyak maklumat setakat ini, walaupun kita mendapat tirisan senarai permainan semalam. Maka 5hb Jun adalah tarikh yang dinantikan buat orang ramai.

Pelancaran ini akan dibuat secara langsung atas talian melalui laman web rasmi atau laman sosial media PlayStation Asia.

Berkaitan

- Iklan -

Komen