Seperti biasa, Epic Games Store akan menawarkan permainan percuma pada setiap minggu seperti For The King pada minggu lepas dan Just Cause 4 pada minggu sebelumnya.
Minggu ini pula tiba masa untuk permainan seram, Amnesia: The Dark Descent. Permainan pandangan pertama ini membawakan pemain menyelami ke mimpi buruk dan mengembara untuk mempelajari taktik survival.
Manakala Crashlands adalah permainan action-adventure melawan alien yang dibangunkan oleh Butterscotch Shenanigans. Sebuah studio yang membangunkan permainan Levelhead, yang dikenali sebagai “alternatif kepada Mario Maker”
Nampaknya Epic Games makin agresif didalam pemberian permainan percumanya. Ini adalah salah satu inisiatif untuk meningkat kadar pendaftaran baharu di platform mereka untuk menyaingi pesaing terkenal seperti Steam. Bagi kami ianya satu inisiatif yang baik untuk pelanggan terutamanya, kerana permainan-permainan percuma yang ditawarkan boleh disimpan selamanya selepas dituntut.
Anda boleh tuntut Amnesia dan Crashlands disini sebelum 7hb Mei.

