Nampaknya Epic kali ini ingin betul-betul memenangi persaingan platform permainan video PC. Minggu ini, Epic Games Store menawarkan Borderlands: The Handsome Collection secara percuma. Ini adalah tawaran permainan percuma ketiga selepas Civilization VI dan juga GTA V.
Tawaran ini adalah sebahagian dari program jualan Epic Mega Sale yang sedang dijalankan sehingga 11hb Jun ini.
Borderlands: The Handsome Collection ini adalah pakej yang membawakan dua permainan dari siri dunia Pandora ini, iaitu Borderlands 2 dan juga Borderlands: The Pre-Sequel yang membawakan jalan penceritaan antagonis yang disukai ramai, Handsome Jack.
Anda juga boleh muat turun HD Texture Pack untuk sokongan permainan kualiti tinggi diparas resolusi 2K sehingga 4K melalui pautan dibawah. (Terima kasih atas tips diberi oleh Petekaboo didalam Discord kami!)
- HD Texture Pack untuk Borderlands 2
- HD Texture Pack untuk Borderlands: The Pre-Sequel
Anda boleh tuntun tawaran percuma disini bermula hari ini sehingga 4hb Jun.

