fbpx

Percuma Beb! Overcooked Di Epic Games Store

Epic sekali lagi “bermurah hati” untuk pemberian permainan percuma, dan kali ini mungkin kecil namun masih berbaloi untuk dituntut. Permainan yang diberi untuk minggu ini adalah Overcooked, sebuah permainan chef co-op multi-pemain.

Selepas pelancaran siri keduanya, Overcooked 2, ianya kian menjadi tren bagi sesi permainan bersama 4 pemain serentak bersama rakan pemain lain untuk mencapai markah yang dikehendaki.

Overcooked adalah permainan percuma yang keempat sejak jualan Epic Mega Sale bermula. Sebelum ini permainan skala besar diberi seperti GTA V, Civilization VI dan juga Borderlands The Handsome Collections.

Jualan Epic Mega Sale masih lagi berjalan dan bakal tamat pada 11hb Jun 2020.

Berkaitan

- Iklan -

Komen