fbpx

Piala Komuniti FIFA 17 Anjuran eGG Network

eGG Network, sebuah siaran 24 jam untuk program eSukan akan menganjurkan sebuah program eSukan khas untuk game baharu FIFA 17 pada 8hb dan 9hb Oktober ini bersempena dengan Hari Sukan Negara. Program yang dinamakan Virtual Footballers Community Cup adalah sebuah Piala Komuniti yang akan diadakan di Gamesbond, Kota Damansara.

egg-fifa17

Ianya terbuka kepada semua dengan yuran masuk sebanyak RM15 seorang. Pendaftaran hanya dihadkan kepada 256 peserta sahaja untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan setinggi RM3,000 tunai. Setiap peserta akan mendapat jersey eksklusif dan peluang untuk menangi konsol PS4 Slim dan FIFA 17 melalui cabutan bertuah.

“Dengan sambutan hangat kami terima dari acara eSukan Dota Lah! yang lepas, kami kini ingin membawakan industri eSukan kepada tahap seterusnya dengan memperkenalkan acara eSukan bersama sukan yang diminati oleh majoriti rakyat Malaysia, sukan bola sepak.” Kata Lee Choong Khay, Naib Presiden Sport Business, Astro.

“Kami berharap eGG akan memupuk semangat industri eSukan dengan menganjur lebih banyak acara eSukan sebegini akan datang.” Katanya lagi.

Pendaftaran masih lagi dibuka, melalui laman web Gamesbond.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -